Blog ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan kursus PL1226 (ICT dalam Bahasa Melayu. Blog ini diselenggara oleh 07B1219 Md. Alimin Hj Wasli. (emel: arman_dini@hotmail.com)
Pada masa ini ditempatkan bertugas di Sekolah Rendah Bukit Panggal Tutong I sebagai guru terlatih sejak tahun 2004,sebelumnya bertugas di SR Supon dan SR Panchong Tutong II dan buat masih ini sedang melanjutkan pelajaran di UBD secara separuh masa.
Sekolah Rendah Bukit Panggal dibina pada tahun 1961 dan mula digunakan pada 7 Mei 1962 dalam bentuk bangunan sementara. Sebelum bangunan kekeal dibina seperti bentuknya yang ada sekarang, kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian telah beberapa kali dengan kerjasama penduduk kampung. Bangunan kekal dibina pada tahun 1970 dan mula digunakan pada 31 Januari 1971. Bangunan kekal Sekolah Rendah Bukit Panggal sekarang terdiri daripada 8 blok bangunan, iaitu 1 blok yang menempatkan bilik guru, bilik Komputer, bilik darjah rendah atas dan pra sekolah. 1 blok darjah rendah bawah, 1 blok kantin, 1 blok dapur, 1 blok pentadbiran, 1 blok tandas lelaki dan perempuan, 1 blok tempat berwudhu dan 1 blok dewan sekolah. Keramaian murid pada masa ini ialah 94 orang dan guru seramai 13 orang.
Matlamat Sekolah
MISI SEKOLAH
‘Menyediakan dan memberikan pendidikan berkualiti ke arah kecemerlangan melalui pengurusan sekolah yang berkesan'
VISI SEKOLAH
‘Sekolah Berkesan Pendidikan Berkualiti’
MOTTO
‘Menyediakan dan memberikan pendidikan berkualiti ke arah kecermerlangan melalui pengurusan sekolah yang berkesan’
Info Pentadbiran
1. Ikhlas daripada guru-guru dan murid SR Bukit Panggal ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan selamat berpindah kepada Cikgu Dahalan bin Momin yang berpindah ke SR Kiudang bermula pada 1hb April 2008. Beliau mula mengajar di SRBP selama 5 tahun iaitu dari tahun 2003 - 2008
2. Selamat kembali bertugas kepada Cikgu Asri Bin Naim yang telah menamatkan cuti berkursus latihan dalam perkhidmatan di UBD selama tiga tahun. Beliau ditempatkan bertugas di Sekolah Rendah Ukong Tutong 2 bermula 1hb Julai 2008.
3. Selamat datang kepada Cikgu Saiful Rizal Bin Hj Khanafi yang telah dipindahkan tempat bertugas ke sekolah ini dari Sekolah Rendah Katimahar Brunei 4bermula 1hb Julai 2008. yang sebelum ini juga telah menamatkan cuti berkursus dalam perkhidmatan di UBD selama tiga tahun.
4. Tahniah kepada Cikgu Tini Diana bte Hj Boharuddin, Cikgu Zuraimahwati Bte Ismail dan Cikgu Isah/Raini Bte Md Yasni yang telah berjaya menerima tawaran cuti berkursus dalam perkhidmatan dan melanjutkan pengajian mereka di UBD secara sepenuh masa dan kemasukan bagi penuntut-penuntut baru akan bermula pada 28hb Julai 2008. Selamat maju jaya diucapkan..