Sunday, July 6, 2008

Tatabahasa, Bahasa Melayu Darjah 5

Saturday, May 31, 2008

TUGASAN UNTUK MURID DARJAH 5

  1. Buat satu karangan - Surat kiriman kepada kawan kamu sepertimana yang telah kamu pelajari di dalam bilik darjah. Tajuk Surat kiriman adalah bebas
  2. karangan kamu hendaklah dibuat di dalam ruang comment dengan menekan tetikus kamu ke ejaan comment di bawah arahan ini
  3. kemudian tulis nama dan alamat e-mail kamu di ruang yang disediakan dan buat karangan kamu di dalam ruang message.
  4. karangan kamu hendaklah tidak kurang dari 80 patah perkataan.

Monday, May 19, 2008

PERTANDING SENAMAN BAGI KAWASAN TUTONG 1



Padang SR Muda Hashim Tutong, 15hb Mac - SR Bukit Panggal telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan senaman bagi Sekolah Rendah dan swasta kawasan Tutong 1. Pencapaian pasukan senaman tahun ini merupakan pencapaian yang terbaik sejak sekolah menyertaian kejohanan tersebut. Oleh Cikgu Md Alimin Hj Wasli

PERLAWANAN BOLA JARING BAGI KAWASAN TUTONG I

Padang SR Muda Hashim Tutong, 1hb dan 3hb Mac - SR Bukit Panggal telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Bola Jaring bagi Sekolah Rendah dan swasta kawasan Tutong 1 yang telah tewas dalam peringkat separuh akhir menentang SR Batang Mitus dengan keputusan 3 – 2.
Bagi pusingan pertama pasukan Bola Jaring SRBP telah memenangi perlawanan dengan mengalahkan SR DPMM Kuala Tutong dengan jaringan 4 – 2. Perlawanan pusingan kedua pasukan bola jaring SRBP telah menundukkan SR OKAWSD Kupang yang berkesudahan 8 – 1 yang melayakkan mereka untuk bertanding dalam peringkat akhir.

Keputusan penuh ialah Juara disandang oleh SR Batang Mitus dan naib juara dimenangi oleh SR Tutong Kem. Oleh Cikgu Isah @ Raini Md Yasni

KEJOHANAN BOLASEPAK BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TUTONG I

Padang Muda Hashim Tutong, 9hb dan 12hb Feb - Pasukan bolasepak SR Bukit Panggal mencatatkan kemenangan besar menentang SR Kiudang dengan jaringan besar 7 – 0 dalam pusingan pertama kejohanan bolasepak sekolah rendah 12 tahun bagi Tutong 1. Awang Shahrol Rial muncul pemain terbaik perlawanan dengan menjaringkan 3 gol sementara itu Awg Fakri, Ishanuddin, Haziq dan Zahirul menjaringkan 1 gol. Dalam pusingan kedua, SR Penanjong telah berjaya menewaskan SR Bukit Panggal dengan jaringan 4 – 3 dalam penentuan tendangan penalti apabila seri setelah tamat masa tambahan. Dengan kekalahan ini berakhirlah harapan untuk sekolah ini untuk mara ke peringkat separuh akhir. Walaubagaimana pun, pasukan sekolah ini memperlihatkan permainan yang baik dan bersemangat. Oleh Cikgu Md Alimin Hj Wasli

MAJLIS KESYUKURAN PENGHARGAAN BAGI MURID DAN SEKOLAH CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PSR SENEGARA KALI KE 3



Majlis kesyukuran dan penghargaan bagi pelajar dan sekolah cemerlang dalam Peperiksaan Sekolah Rendah (PSR) senegara bagi tahun 2007 diadakan pada 22 Muharram 1429H bersamaan 31hb Januari 2008M di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Rendah, Jabatan Sekolah-sekolah buat kali ke 3.

Majlis pada tahun ini dikendalikan atas usahasama Jawatankuasa guru besar dan penolong guru besar Sekolah-sekolah rendah kerajaan senegara.

Objektif majlis ini antara lain bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua sekolah yang berjaya memperolehi 5 ‘A’ dalam peperiksaan PSR, memberi penghargaan kepada semua sekolah yang telah menunjukkan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PSR 2007, memberi inisiatif dan motivasi kepada pelajar-pelajar secara keseluruhannya dan juga bagi menyatukan inisiatif dan usahasama Jawatankuasa guru besar dan penolong guru besar sekolah rendah kerajaan senegara.

Penerima hadiah dan sijikl bagi pelajar cemerlang mendapat 5 ‘A’ adalah seramai 148 orang pelajar, sebanyak 16 buah sekolah menerima penghargaan lulus %, 54 buah sekolah berjaya mencapai sasaran kebangsaaan (80%), 26 buah sekolah cemerlang bagi setiap kawasan.
Oleh Cikgu Ukoi Bin Anam

PERADUAN MELUKIS SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA


SR Bukit Panggal, 3 Jan - Seramai 3 orang murid telah menerima sijil penyertaan kerana mewakili sekolah ini ke peraduan mewarna anjuran Badan Kebajikan Belia dan Sukan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia pada tahun lepas yang bertempat di Dewan Seri Kenangan Tutong. Oleh Cikgu Rasiah Hj Damit